Pihak ILPPG telah berjaya mengadakan aktiviti tahunan setiap kali datang bulan Ramadhan iaitu ILPPG Prihatin. Khidmat masyarakat ini adalah suatu usaha murni warga kerja ILPPG dalam menghulurkan bantuan serta meringankan beban penduduk yang memerlukan bantuan sekitar Pasir Gudang.
Buat julung kalinya juga, ILPPG Prihatin 2019 ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Che Zakaria Bin Mohd Salleh, ADUN Permas. YB turut bebesar hati memberikan sumbangan barang-barang dapur untuk ILPPG Prihatin 2019 ini serta turut bersama warga kerja ILPPG bergerak menuju rumah-rumah penerima menyampaikan sumbangan. Terima kasih YB diatas sumbangan yang diberikan.