Seramai 170 orang pelajar semester akhir telah mengikuti Program Seminar Kerjaya Sesi 2/2019 pada 7-11 Julai 2019 bertempat di DKU, ILP Pasir Gudang. Pihak JOBS MALAYSIA JOHOR, Encik Khairul Azhar Abd Rahim dari IKBN Kuala Langat, Encik Ramaiah A/L Veerayah (Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik), Encik Megat Mohd Faizar (CESS) dan Puan Nur Ilyana (Kaunselor) turut menyampaikan perkongsian kerjaya kepada pelajar.