Seminar berkaitan kesan pencemaran bahan kimia dianjurkan bersama AIRGAS dan ILP Pasir Gudang. Seminar ini memberi manfaat dan membuka mata peserta tentang betapa pentingnya alat pengesan, pakaian perlindungan dan juga alat/ topeng pengudaraan/ keselamatan yang betul sewaktu berlakunya pencemaran kimia. Penceramah yang didatangkan dapat menarik minat pendengar dengan hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menangani kesan bahan kimia serta langkah-langkah pengawalan dan latihan.