Penolong Pengarah Pengurusan Latihan iaitu Puan Muslihah Saman dan Puan Surani Idris telah datang ke SMK Permas Jaya untuk mempromosi ILP Pasir Gudang kepada pelajar-pelajar sekolah. Aktiviti promosi termasuk memberikan penerangan dan juga peluang untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran sijil dan diploma kemahiran di ILP Pasir Gudang.