Bengkel Amali ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPP ILP Pasir Gudang dan ahli Usrah Surau Al-Mawaddah, ILPPG. Seramai 300 orang pelajar Sem 1 terlibat di dalam bengkel ini. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan untuk mempelajari teknik memandikan dan solat jenazah. Pelajar juga diajar bagaimana untuk mengendalikan tahlil dan bacaan Yasin.