Kejohanan Dart Terbuka (Beregu) anjuran ILPPG & KSDK ILPPG bertempat di Dewan Platinum, ILP Pasir Gudang buat julung kalinya diadakan. Seramai 77 pasukan terdiri daripada pasukan Johor Bahru, Pasir Gudang, Batu Pahat, Kluang dan Pontian serta dari Negara Singapura, Negeri Melaka dan juga Negeri Pahang telah mencatat sejarah penyertaan tertinggi penganjuran.
Kejohanan yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 malam turut mendapat bantuan dan kerjasama teknikal dari Kelab Peminat Darts The Black Tiger Johor Bahru diketuai oleh Encik Mohd Rashid Bin Ali.