Majlis Kecemerlangan Pelajar Semester Akhir Sesi 2/2019 telah diadakan di Eagle Ballroom Hotel Tanjung Puteri Resort. Seramai 179 orang pelajar semester akhir diraikan di majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Haji Sarman Bin Haji Rawan. Turut hadir ke majlis adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, En Mohaizad Bin Mohd Daud, penolong-penolong pengarah serta wakil-wakil dari setiap bahagian.