07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah menyumbangkan “Faceshield” untuk kegunaan barisan hadapan bahagian keselamatan dan juga bahagian kesihatan bagi memerangi wabak Covid-19 terutamanya di Negeri Johor

Sebanyak 300 unit “faceshield” telah diserahkan kepada JPAM Johor melalui wakil JPAM, Tuan Fikri. Manakala 300 unit “faceshield” akan diserahkan kepada pihak KK Pasir Gudang, 300 unit “faceshield” kepada KK Masai, 300 unit “faceshield” kepada Hospital Kulai dan 100 unit “faceshield” telah diserahkan kepada Hospital Pakar Pasir Gudang. Penyerahan “faceshield” itu telah dilakukan oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang. Semoga dengan usaha daripada team ILP Pasir Gudang ini dapat membantu barisan hadapan bahagian keselamatan dan kesihatan dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ADTEC Kulim dan ADTEC Jerantut di atas penyerahan kerangka Faceshield yang telah dihasilkan melalui kepakaran pengajar dan kemudahan peralatan yang terdapat di Institut mereka.

#COVID19
#faceshield
#Protectiveintubationdevice
#StayAtHome
#SilaDudukRumah
#ILJTMTerusBerjaya

Skip to content