Pihak ILP Pasir Gudang telah menerima kerangka “Faceshield” daripada ADTEC Kulim & ADTEC Jerantut. Setelah dilengkapkan dengan cover plastik, “Faceshield” tersebut telah di sumbangkan untuk kegunaan barisan hadapan bahagian bagi memerangi wabak Covid-19 terutamanya di Negeri Johor
Sebanyak 250 unit “faceshield” telah diserahkan kepada wakil IPD Seri Alam melalui, Tuan Amzah. Manakala 300 unit “faceshield” akan diserahkan kepada pihak KK Sri Gading dan 300 unit lagi “faceshield” diserahkan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. Penyerahan “faceshield” itu telah dilakukan oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang. Semoga dengan usaha daripada team ILP Pasir Gudang ini dapat membantu barisan hadapan bahagian keselamatan dan kesihatan dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ADTEC Kulim dan ADTEC Jerantut di atas penyerahan kerangka “Faceshield” tersebut.
#COVID19
#faceshield
#Protectiveintubationdevice
#StayAtHome
#SilaDudukRumah
#ILJTMTerusBerjaya