07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 17 Jun 2021 (Rabu) telah berlangsungnya kursus secara atas talian dengan tajuk ‘Using Google Forms for Examination’. Sesi kursus ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari oleh Tc Mohd Azri Fahmy bin Azman dari Bahagian Elektronik Industri. Seramai 60 orang peserta dari warga kerja ILP PG dan institut latihan awam lain turut serta di dalam kursus ini.

Kursus ini antara lainnya menyentuh bagaimana Google Forms boleh dijadikan medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian dalam penyediaan soalan objektif dan subjektif terutama bagi kertas soalan peperiksaan akhir pelajar. Kursus ini juga memperlihatkan cara bagaimana jawapan pelajar boleh disemak secara automatik oleh sistem Google Forms bagi memudahkan pengajar mendapatkan markah secara terus.

Turut dinyatakan dalam kursus ini, teknik-teknik dan tips dalam menjadikan Google Forms mudah digunakan, menarik dengan paparan antaramuka yang ‘User Friendly’ serta kemas berimej korporat.

Skip to content