Kursus Autodesk TinkerCad & 3D Design dengan menggunakan Platform Google Meet ini telah dikendalikan dari 9 pagi hingga 5 petang oleh Tc Mohd Azri Fahmy bin Azman dari Bahagian Elektronik Industri dan En Mohd Zahari Bin Ramli dari Bahagian Rekabentuk Produk Industri.
Kursus khas jemputan dari IKBN Seri Iskandar ini memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang kaedah penghasilan litar elektrik/ elektronik dan 3D Design secara simulasi menggunakan aplikasi percuma iaitu Autodesk Tinkercad. Ia amat mudah digunakan dalam reka bentuk 3D dan pembinaan litar elektrik elektronik. Kursus ini disertai lebih dari 15 orang peserta dari kalangan pelajar dan pengajar IKBN Seri Iskandar pelbagai bidang.