Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diteruskan demi kebaikan semua pihak. Bahagian Pusat Sumber & Multimedia, ILPPG sekali lagi telah menjalankan Bengkel PdPR secara atas talian bagi peningkatan kemahiran teknologi maklumat di kalangan kakitangan ILP Pasir Gudang. Seramai 65 orang kakitangan turut serta di dalam bengkel yang berlansung selama satu hari ini menggunakan Platform Zoom. Pengkhususan bengkel adalah terhadap aplikasi Google Classroom serta aplikasi-aplikasi berkaitan di dalam penyediaan bahan pengajaran.