Kursus dengan menggunakan Platform ZOOM ini telah berlansung dari jam 9 hingga 11 pagi dikendalikan oleh Tc Mohd Azri Fahmy bin Azman dari Bahagian Elektronik Industri. Kursus ini memberi pendedahan kepada aplikasi dalam talian CANVA.
Perkhidmatan rekagrafik ini membolehkan pengguna menghasilkan poster, logo, banner Google Classroom, banner Google Forms, Post Instagram dan FB bergambar, juga lain-lain bentuk rekagrafik untuk kegunaan harian atau pekerjaan. Kursus yang berlansung selama 2 jam ini telah disertai oleh lebih 380 orang peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.