07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Minggu Silaturrahim bagi pelajar baharu ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 9 Ogos 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom pada pukul 10 pagi. Seramai 187 orang pelajar baharu telah turut serta dalam MSR Sesi 2/2021 yang berlangsung selama 2 jam dan dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Tn Hj. Sarman Bin Hj. Rawan.

Para pelajar telah diberi taklimat berkaitan latihan di ILP Pasir Gudang. Kemudian slot motivasi bersama kaunselor institut bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar baharu dalam mendepani cabaran pembelajaran norma baru. Di akhir majlis, slide pengenalan kakitangan ILP Pasir Gudang turut ditayangkan.

Dan pada pukul 7.45 malam tadi Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat yang dipimpin oleh Presiden MPP ILP Pasir Gudang telah diadakan bersempena tahun baru MAAL HIJRAH dan kemasukan pelajar baharu ILPPG Sesi 2/2021.

Skip to content