07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Aplikasi Zoom semakin popular di kalangan pengguna komputer dan telefon pintar terutama mereka yang berkecimpung di dalam dunia pendidikan dan perniagaan semasa pandemik Covid-19 melanda dunia. Dengan aplikasi Zoom ini kita dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta mesyuarat secara dalam talian.

BPSM ILP Pasir Gudang mengambil inisiatif dengan mengadakan Kursus Penggunaan Akaun Zoom kepada kakitangan ILP Pasir Gudang untuk memberi pendedahan tentang kaedah mengendalikan dan menggunakan aplikasi zoom. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Aimi Ruzaini binti Ahmad dan dilaksanakan secara dalam talian melalui Aplikasi Google Meet yang berlansung selama 2 jam.

Seramai 81 orang peserta telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi Zoom yang dilihat sangat penting buat masa ini bagi menyokong budaya Norma Baharu.

Skip to content