07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Tempat kerja merupakan rumah kedua kepada individu yang bekerja. Jika wujud konflik di tempat kerja, maka pincanglah prestasi kerja bagi institusi yang terlibat. Konflik yang berpanjangan boleh membawa kepada akibat yang buruk. Unit Psikologi dan Kaunseling ILP Pasir Gudang mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Pengurusan Konflik di Tempat Kerja secara terbuka kepada semua kakitangan ILP Pasir Gudang dan orang awam bagi memberi pendedahan tentang apa itu konflik dan cara menanganinya.

Program ini dikendalikan oleh Puan Normala binti Mohd Nor dan dilaksanakan secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom yang berlangsung selama 2 jam. Seramai 205 orang peserta telah menyertai program tersebut dan rata-ratanya memberikan maklumbalas yang sangat baik.

 

Skip to content