Program ini bertujuan untuk menerapkan ilmu agama dan pengetahuan di luar bengkel kepada semua pelajar ILPPG. Ianya akan dijalankan secara berkala dan terbuka kepada semua pelajar. Buat masa ini ia dijalankan secara dalam talian dalam tempoh PKP.
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG ini membicarakan tajuk “Musibah : Azab atau Rahmat”. Ianya disampaikan oleh Ust Noorazam Bin Yaakob bersesuaian dengan situasi yang dialami oleh segenap lapisan masyarakat mutakhir ini. Ceramah yang berdurasi 1 jam ini menarik minat bukan sahaja pelajar ILPPG bahkan turut disertai oleh anak-anak staf ILPPG. Seramai 230 peserta rata-ratanya memberikan respon yang baik terhadap intipati ceramah tersebut