Program Momento Kemerdekaan ini dianjurkan oleh Biro Sukan & Rekreasi dengan kerjasama Biro Pendidikan MPP ILPPG bermula pada 1 hingga 31 Ogos 2021. Program ini berbentuk pertandingan persembahan video TikTok bertemakan kemerdekaan, deklamasi sajak, pantun, tazkirah merdeka, monolog dan nyanyian patriotik.
Program ini benar-benar dapat mencungkil bakat para pelajar ILPPG disamping dapat memupuk semangat cintakan negara. Program ditutup dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk kesejahteraan Malaysia yang diadakan pada 31 Ogos 2021.
