Pertandingan Rekabentuk dan Inovasi Nasional (PRIN) 2021 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, UKM bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.
Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, di nilai oleh pakar dari industri. Pertandingan telah diadakan secara dalam talian dari 7-9 September 2021. Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang telah menghantar 3 penyertaan iaitu
1. EZ-Spring Clamp
2. Brake Fluid Bleeder
3. Roller Move Car
Ketiga-tiga projek ini telah memenangi pingat emas dalam PRIN 2021. Projek ini diketuai Ts Kavitha Palaniappan, dibantu oleh En Wan Mustaffa Bin Wan Mohamed Zain, En Muhammad Ashraf Bin Salmin, pelajar-pelajar Program DKM Automotif (Semester akhir) dan semua pengajar yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kejayaan ini.