07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis pembacaan Quran Juzuk 30 anjuran KSDK dengan kerjasama MPP ILPPG ini bertujuan menyemai semangat cintakan Al-Quran di kalangan staf dan pelajar di samping dapat memupuk ukhuwah antara pelajar, pengajar dan anak-anak staf.

Program dimulakan dengan sesi “Motivation Open Mic” oleh adik Ainul Najjah Binti Ainulnazrin dan seterusnya pembacaan Al Quran yang dikendalikan oleh Ustaz Noorazam Bin Yaakob. Program yang bermula pada jam 7.45mlm dan berakhir pada pukul 9 mlm ini berdurasi 1 jam dan diakhiri dengan pembacaan doa selamat ke atas warga ILPPG khasnya dan warga Malaysia amnya.

Skip to content