07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pertandingan ‘Innovation and Invention Competition Through Exhibition’ iCompEx 2021 telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah secara dalam talian pada tahun ini. Pertandingan dijalankan secara terbuka kepada semua universiti, kolej kemahiran, ILP, IKM, KV, agensi-agensi kerajaan, industri, individu dan lain-lain. Sebanyak 9 kategori telah dipertandingkan di dalam iCompEx 2021.

Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang telah mengambil bahagian bagi Kategori F iaitu Pengangkutan, Automotif dan Penerbangan dengan penyertaan Projek EZ-Spring Clamp. Keputusan rasmi pemenang setiap kategori telah diumumkan pada 19 September 2021 melalui Majlis Perasmian dan Penutup iCompEx 2021 yang berlangsung secara dalam talian.

EZ-Spring Clamp berjaya meraih Pingat Emas dan Naib Juara Keseluruhan Kategori F. Projek ini diketuai oleh Ts. Kavitha Palaniappan, dibantu oleh En. Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain, pelajar DKM Automotif dan semua pengajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertandingan ini.

Skip to content