Program SHARING SESSION – WHEN I WAS YOUR AGE anjuran MPP ILPPG berdurasi selama 1 jam ini yang berlansung melalui platform Google Meet menampilkan 2 ikon ALUMNI ILPPG yang kini berkhidmat sebagai pengimpal profesional di syarikat VDL ENABLING TECHNOLOGY SINGAPORE.
Program berbentuk forum santai ini dikendalikan oleh saudara Mohamad Naim bin Isa dari Kursus Instrumen Perindustrian. Program ini memberi kesan yang baik dalam menyuntik semangat para pelajar untuk kekal berusaha dalam mencapai kejayaan. Ahli-ahli panel menceritakan perjalanan kisah hidup mereka semasa di ILP Pasir Gudang sekaligus memberikan tips dan motivasi bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Program ini sampai ke kemuncaknya apabila ahli-ahli panel mendendangkan lagu khas kepada para pelajar dan pengajar ILP Pasir Gudang di akhir program.