Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi – Innovation Development through Educational Activities (iDEA) ILKBS dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi memupuk dan meningkatkan budaya pemikiran kreatif lagi inovatif dalam menghasilkan produk reka cipta/ inovasi baharu. Pertandingan ini juga telah menjadi platform dalam mengetengahkan bakat, kemahiran dan hasil reka cipta projek/ produk inovasi. Terdapat 6 bidang yang dipertandingkan di dalam pertandingan reka cipta dan Inovasi ini.
Majlis Anugerah Pemenang Pertandingan iDEA’21 telah diadakan secara dalam talian melalui Facebook LIVE IKTBN Pagoh pada 23 September 2021. ILP Pasir Gudang telah menghantar 4 penyertaan bagi Kategori Terbuka – Bidang A: Teknologi Mekanikal yang diketuai oleh tenaga pengajar dan dibantu oleh pelajar program DKM Bahagian Teknologi Automotif ILPPG.
Keputusan pertandingan Reka Cipta dan Inovasi iDEA’21:
1. EZ-Spring Clamp – Pingat EMAS
2. Brake Fluid Bleeder – Pingat EMAS
3. Roller Move Car – Pingat EMAS
4. Jack Gear Box with DC Motor – Pingat PERAK