07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG sekali lagi telah mengatur program berunsurkan didikan kejiwaan dengan cara menganjurkan Kempen Bakti Keluarga ILPPG (20-24 Sept 2021). Kempen ini bertujuan menggalakkan para pelajar meluangkan masa berkhidmat untuk ibu bapa sebelum pulang ke ILP semula tidak lama lagi. Para pelajar diminta membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah dalam masa yang sama mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kempen ini bertambah seri dengan adanya Forum Bicara Bonda yang disampaikan oleh Puan Nurul Hasyimah binti Abd Rashid. Forum perkongsian pengalaman cabaran seorang ibu dalam membesarkan anak-anak juga luahan hati sebagai seorang ibu.
Program ini secara tidak langsung dapat mendidik keperibadian para pelajar ILP Pasir Gudang kearah pembentukan akhlak yang lebih baik.

Skip to content