07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah memulakan Siri Tech Talk melalui penganjuran webinar oleh Bahagian Teknologi Elektrik dengan kerjasama Unit Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS). Program Kursus Jangka Pendek Khas ini adalah inisiatif 100 hari YB Menteri Sumber Manusia yang menawarkan program kemahiran secara percuma di semua ILJTM.

Webinar ini telah memberi pendedahan kepada 464 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, memahami dan mengenali lebih dekat papan agihan (distribution board) di rumah. Peserta juga diajar bagaimana untuk mengenalpasti permasalahan perkakasan elektrik dan bagaimana untuk mengatasi permasalahan pendawaian yang sering berlaku di rumah.

Skip to content