ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Aplikasi Google Sheets bagi penyediaan dokumen Kawalan Inventori Stor dengan menggunakan formula data validation dan lain-lain. Pengajar bagi kursus ini adalah Puan Dayangku Suraya binti Awang Jaafar merangkap Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik ILP Pasir Gudang. Kursus ini diadakan sempena inisiatif 100 hari YB Menteri Sumber Manusia yang menawarkan program kemahiran secara percuma di semua ILJTM.
Seramai 328 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai kursus ini melalui Platform Zoom. Secara keseluruhannya, peserta dapat menyediakan dokumen kawalan inventori stor untuk merekod penerimaan barang, merekod pengeluaran barang dan menyemak inventori stok sedia ada. Kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan kursus lanjutan akan diadakan dalam masa terdekat.