Webinar Cinta @ Nafsu telah berlansung selama 2 jam secara dalam talian pada 30 September 2021 (Khamis) menggunakan Platform Zoom. Penceramah bagi webinar ini adalah Puan Normala binti Mohd Nor dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling ILP Pasir Gudang dan penceramah jemputan Insp. Amy Ng Heng Shi, Pegawai Databank DNA dari IPD Muar.
Objektif webinar ini untuk memberi kefahaman mengenai kesalahan-kesalahan yang dianggap remeh yang boleh menjadi jenayah dari sudut seksual samada di tempat kerja atau di luar, perkara yang perlu dilakukan sekiranya terjadi kepada seorang individu dan juga medium yang boleh digunakan bagi mendapatkan keadilan.
Seramai 250 peserta telah dapat memahami apa itu jenayah seksual dan bagaimana ianya boleh terjadi. Peserta juga telah memahami bahawa jenayah seksual boleh terjadi di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja selain mendapat input tentang tindakan yang perlu diambil dan mana tempat yang boleh dituju.