Bulan Oktober telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Sukan Negara. Pelbagai lapisan masyarakat digalakkan untuk bergiat aktif supaya lebih sihat setelah sekian lama tidak dapat melakukan riadah akibat penularan wabak covid-19.
Dan sempena Bulan Sukan Negara kali ini, Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan kempen HIKE,RIDE & WALK terbuka kepada semua pelajar agar kembali cergas.
Setiap jam 5.30 petang mulai 1-9 Oktober semua pelajar digalakkan beriadah di lokasi masing-masing. Kempen ini mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan pelajar.
