Biro Kebajikan MPP ILPPG telah mengambil inisiatif mengadakan Program Jualan Cakna (HAPPY FOOD PROGRAMME) kepada seluruh penghuni asrama ILPPG. Jualan burger serendah RM 0.50 ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar menjimatkan perbelanjaan mereka di asrama.
MPP komited untuk menjalankan program ini secara berkala demi menceriakan suasana kehidupan berasrama di institut secara norma baharu sepanjang tempoh Camp-Based Trainining ini.