07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena Bulan Sukan Negara, Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Program ‘Let’s Talk Health’: Penjagaan Kesihatan di Era Pandemik bersama Dr. Zubaidi Hj Ahmad (Influencer Olive House). Program yang telah dijalankan pada 15 Oktober 2021 ini bertujuan untuk memberi sebanyak mungkin ilmu dan pendedahan kepada para pelajar agar kekal sihat di sepanjang tempoh latihan di ILP terutamanya di Era Pandemik Covid-19.

Ceramah yang berdurasi 2 jam ini telah berjalan menggunakan Platform Zoom bermula jam 10 pagi mengupas mengenai tip-tip penjagaan kesihatan, langkah-langkah pencegahan penularan wabak, tip-tip pemakanan sihat dan juga mengupas isu-isu berbangkit. Program yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Adam Khuzairi Bin Haswari (Tek.Penyenggaraan Mekanikal) ini, sudah pastinya amat bermanfaat buat semua peserta.

Skip to content