ILP Pasir Gudang telah menjalankan Technical Talk/ Webinar “Introduction To Engine Valve Timing Diagram” secara dalam talian pada 24 Oktober 2021 dari pukul 10 pagi sehingga 12.30 tengahari. Moderator program anjuran Bahagian Teknologi Automotif ILPPG pada kali ini ialah Ts. Pn. Kavitha Palaniappan dan penceramahnya ialah En. Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain.
Webinar ini adalah sebahagian daripada Program Kursus Jangka Pendek 100 Hari ILJTM inisiatif Keluarga Malaysia KSM iaitu 100 Hari Malaysia Mahir. Pelbagai program kemahiran teknikal untuk golongan pencari kerja diadakan secara percuma di semua ILJTM seluruh negara.
Perkongsian melalui Technical Talk yang berdurasi selama 2.5 jam ini telah memberi pendedahan dan manfaat kepada 373 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi memperolehi pengetahuan asas dalam bidang automotif berkaitan:
1. Mengenali kitaran Enjin 4 Lejang, TDC, BDC dan Real Valve Timing Diagram.
2. Mengenali cara menggunakan Dial Cam pada Enjin.
3. Mengenali cara mengukur Cubic Capacity, Cylinder Capacity, CV Combustion Chamber Volume, CR Compression Ratio, DCR Dynamic Compression Ratio,
4. Mengenalpasti keperluan Valve Overlap.
5. Mengenali Cam Duration, LSA (Lobe Separation Angles) dan LCA (Lobe Center Angle)