07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Rabi’ul Awwal merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang sudah pastinya diraikan di seluruh pelosok dunia sebagai tanda takzim terhadap Baginda. Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Bulan Mahabbah Rasul di sepanjang bulan Oktober ini. Antara program yang dijalankan ialah:
i) Kempen Bacaan 1000 kali selawat sehari
ii) Bacaan Selawat dari dorm ke dorm
iii) Pertandingan Qasidah antara dorm/ perseorangan (dijalankan secara rakaman)
iv) Pertandingan Kuiz dan Sajak Sirah Nabawiyyah

Program sambutan ini dimulai dengan selawat beramai-ramai di bawah aras asrama dan disusuli dengan selawat dari dorm ke dorm asrama. Program ini bertambah serinya dengan kehadiran Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang yang turut sama-sama berselawat dengan pelajar. Di akhir majlis ini diadakan jamuan ringan bubur lambuk yang disediakan sendiri oleh pelajar ILP Pasir Gudang. Lebih menarik lagi turut diadakan sudut cakna makanan yakni dengan ucapan selawat, pelajar boleh mengambil makanan secara percuma. Semoga program ini dapat memupuk kecintaan terhadap junjungan besar kita, Muhammad SAW.

 

Skip to content