Sesi pendaftaran pelajar Semester 1 (secara fizikal) telah diadakan pada 1 November 2021 dengan jayanya. Bersempena dengan peluang ini, Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah mengadakan Program ‘Love Circles’ sebagai menggantikan program Minggu Silaturrahim yang selama ini dijalankan khusus kepada para pelajar Semester 1.
Program ‘Love Circles’ ini berkonsepkan Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator-fasilitator senior dari kalangan MPP. Solat berjemaah, pembacaan Quran/hadis, motivasi, sesi soal jawab, permainan-permainan ringkas dan persembahan seni kreatif adalah intipati yang dimuatkan di dalam program ini sepanjang 10 hari di bilik pelajar memandangkan mereka masih dalam tempoh kuarantin.
Dengan adanya program ini, para pelajar dapat memanfaatkan masa yang optimum di samping dapat mencungkil bakat kepimpinan di kalangan pelajar ILPPG.