Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menganjurkan Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran Pengajar bagi Modul Advanced Pneumatics & Electro-Pneumatics pada 31 Oktober hingga 3 November 2021 (5 hari). Sasaran penyertaan adalah kepada pengajar-pengajar bahagian Mekanikal di ILJTM.
Matlamat kursus adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam memahami cara merekabentuk dan membangunkan program, membuat penyelesaian masalah Pneumatik, Elektro-Pneumatik, PLC dan Sistem Automasi. Metodologi latihan ini terdiri daripada 35% sesi teori dan 65% sesi amali. Kursus ini turut memberi para peserta pengetahuan yang lebih luas mengenai kawalan Pneumatik dan Electro-Pneumatik secara kompleks.