07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Tenaga Pengajar Automotif – After Sales-Service Operation. Program ini dijalankan selama 5 minggu merangkumi 5 Modul Pembelajaran yang bermula dari 10 Oktober 2021 – 09 November 2021.

Program ini disertai oleh 10 orang tenaga pengajar bidang Automotif dari ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing. Objektif program ini ialah untuk memantapkan kemahiran tenaga pengajar dalam bidang Automotif After Sales – Service Operation. Program ini berlangsung secara dalam talian merangkumi pembelajaran secara teori dan amali.

Progam ini diuruskan oleh Ts. Kavitha Palaniappan (Ketua Bahagian Teknologi Automotif ILPPG) dan disampaikan oleh En. Mohd Kamalariffin Bin Suleiman, Pengajar Automotif ILP Pasir Gudang.

Skip to content