Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILPPG telah menganjurkan Seminar Pemantapan Integriti bagi semua pelajar baharu yang bakal meneruskan latihan bersemuka setelah 10 hari dikuarantin. Bertempat di Dewan Kuliah Utama, ILPPG pada 11 November 2021 bermula 8 pagi hingga 1 petang.
Tujuan utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi taklimat khusus berkaitan disiplin, pengenalan kepada sistem penilaian SKM/CGPA, taklimat ko-kurikulum dan penerangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Setelah sesi taklimat selesai dijalankan, para pelajar dibawa ke bengkel masing-masing.