07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program ini dianjurkan pada 11-12 November 2021 oleh Biro Pendidikan MPP ILPPG bagi merapatkan hubungan pelajar-pelajar Elektrik Semester 1 yang telah mendaftar masuk lebih awal dengan pelajar-pelajar lain di asrama. Peserta diberikan kebebasan untuk menjalankan apa sahaja program yang berfaedah untuk semua.

Antaranya aktiviti gotong royong, mengimamkan solat berjemaah, mengadakan sesi tazkirah dan kemuncaknya memasak bihun “BRAPA-BRAPA” sebagai jualan cakna kepada seluruh penghuni asrama. Menu ini disediakan sendiri oleh pelajar dan harga jualannya mengikut harga yang ditetapkan sendiri oleh pembeli.

Program ini memberikan impak positif di dalam kehidupan pelajar di asrama. Walaupun peserta sibuk dengan pembelajaran di bengkel, tetapi mereka tetap gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Skip to content