Badan Kebajikan Rumah Halo Prihatin Johor (Rumah Anak Yatim Piatu & Asnaf) telah membuka rumah anak yatim yang baharu di Taman Dahlia. Pada 12 November 2021 (9 pagi- 6 petang), Biro Kebajikan MPP ILPPG telah berkesempatan menghantar 7 orang pelajar ILP Pasir Gudang untuk mengambil bahagian di dalam program gotong-royong membersihkan rumah tersebut sebagai persediaan untuk menerima kehadiran anak-anak yatim piatu/asnaf di sana.