07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Malam Tautan Ukhuwah bersama warden ini dijalankan bertujuan memperkenalkan warden-warden kepada pelajar masing-masing secara lebih dekat. Para warden juga mengambil kesempatan memberi taklimat ringkas berkenaan peraturan dan disiplin di samping mengambil maklum berkenaan permasalahan yang dihadapi pelajar sepanjang mereka di asrama terutama pelajar Semester 1.

Pelajar-pelajar turut diingatkan tentang S.O.P Covid yang perlu dipatuhi, isu-isu kebersihan asrama dan juga kebajikan pelajar. Slogan “Asramaku, Rumah keduaku” diharap dapat menyemai semangat cintakan institut. Program bermula 8.30 hingga 10.00 malam bertempat di DKU/ Bilik Seminar/ Dewan Platinum/ Asrama Perempuan mengikut warden yang ditugaskan.

Skip to content