07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Setelah 2 tahun tidak menyertai sebarang pertandingan, kali ini pasukan robot ILP Pasir Gudang mula beraksi semula dengan menghantar 5 penyertaan melalui pasukan Scorp Alpha, Scorp Bravo, Scorp Charlie, Scorp Delta dan Scorp Echo. Seramai 5 orang pengajar dan 5 orang pelajar telah pergi ke IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menyertai Pertandingan Y-RoboC’21 (YOUTH ROBOT CHALLENGE 2021) anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama IKTBN Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Pertandingan ini telah diadakan selama 3 hari bermula 12 hingga 14 November 2021. Pasukan robot ILPPG telah turut serta bagi 2 kategori pertandingan iaitu Kategori Rumble 8 Kg dan Kategori Tower Conquer 5 Kg. Secara keseluruhannya dua pasukan robot ILPPG telah berjaya di peringkat kumpulan iaitu Pasukan Scorp Bravo dan Charlie. Walaubagaimanapun di peringkat penyingkiran pasukan robot ILPPG kurang bernasib baik untuk ke peringkat seterusnya. Kekalahan ini tidak mematahkan semangat untuk bangkit pada tahun 2022 nanti.

Skip to content