Seramai 4 orang pengajar dan 23 orang pelajar Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam, ILP Pasir Gudang terlibat di dalam Program Khidmat Komuniti di Bahagian Forensik, Hospital Sultanah Aminah bermula 1-10 November 2021.
Projek pembinaan 3 buah garaj ini telah berjaya dilaksanakan bagi kemudahan pihak hospital meletakkan kontena-kontena mayat pesakit Covid-19. Pihak Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah meraikan pengajar dan pelajar yang terlibat dengan menyerahkan sijil penghargaan serta mengadakan jamuan kecil pada 17 November 2021.