07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran berbentuk Webinar bertajuk ‘How Do CNC Machines Work’ yang berlangsung selama 2 jam secara dalam talian. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengetahuan kepada peserta tentang perihal operasi mesin CNC dari awal hingga akhir proses sesuatu produk itu dihasilkan.

Webinar ini telah disertai oleh seramai 272 orang peserta daripada kategori awam, pegawai kerajaan dan pekerja swasta. Penceramah, En. Rutaha Noor bin Ruhmat dan moderatornya En. Mohd Azrul bin Maslan adalah pengajar di Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) ILPPG yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam bidang pemesinan, diuruskan oleh Pn. Nor Arniza binti Jamil, Ketua Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) ILPPG.

Skip to content