Pada 21 November 2021, ILP Pasir Gudang telah menerima kunjungan dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir dan Pengarah-pengarah ILJTM Zon Selatan (Johor) sekitar jam 8.30 pagi. Kunjungan YBrs. Tuan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia ini adalah bersempena Mesyuarat Pengurusan Akaun Amanah ILJTM Peringkat Zon Selatan (1) Tahun 2021.
Selepas selesai mesyuarat, beliau dibawa ke Bengkel CNC untuk melihat demonstrasi Mesin CNC 5 Axis. Kemudian, beliau dibawa ke Bengkel Automotif untuk merasmikan bangunan kelas tambahan Bahagian Teknologi Automotif di bawah Projek Naik Taraf Kemudahan dan Infra Latihan RMKe-11 (Fasa II). Seterusnya, beliau dibawa melihat keadaan kemudahan dan persekitaran di asrama.