Webinar ‘Fundamental Oil & Gas Industry’ telah berlansung pada 16 November 2021 selama 2 jam melalui platform Zoom. Moderator webinar, Pn. Muslihah bt Saman (Ketua Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal) memaklumkan peserta berkenaan matlamat webinar dalam mendedahkan industri minyak dan gas (mekanikal) kepada semua lapisan masyarakat sebagai laluan pendidikan dan kerjaya melalui bidang tersebut.
En. Mohairi bin Ahmad (Pengajar Pakar) selaku penceramah juga telah memberi gambaran jelas kepada peserta mengenai industri minyak dan gas, termasuk perbezaan antara upstream, midstream, down stream dan well head. Peserta turut diberi penerangan ringkas berkenaan jenis-jenis platform di dalam bidang Minyak & Gas.