07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Peningkatan Kemahiran (Technical Course) sempena Program Inisiatif Keluarga Malaysia Kementerian Sumber Manusia (100 Hari Malaysia Mahir) ini telah dijalankan selama 5 hari bermula 21 – 25 Nov 2021 bertempat di Bilik Samsung ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan secara percuma dan disertai oleh 21 orang peserta.

Para peserta didedahkan dengan kemahiran asas dalam mendiagnosis mesin basuh pintar dan juga penyedut habuk pintar. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Elektronik Industri (IE) ILPPG dengan Pn Norhedayah binti Jamaluddin sebagai tenaga pengajar.

Skip to content