Kursus Peningkatan Kemahiran sempena Program Inisiatif Keluarga Malaysia Kementerian Sumber Manusia (100 Hari Malaysia Mahir) ini telah dijalankan selama 2 hari bermula 28 – 29 November 2021 bertempat di Bengkel Teknologi Automotif, ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan secara percuma dan telah disertai oleh 15 orang peserta dari pelbagai latar belakang. Para peserta didedahkan dengan kemahiran asas teori dan amali penyelenggaraan kenderaan dan asas ekeusahawanan sepanjang 2 hari kursus. Program ini diuruskan oleh Bahagian Teknologi Automotif, ILPPG dan penceramah bertugas ialah Ts. Pn. Kavitha Palaniappan dan En. Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain.