07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Webinar AUTOCAD Hamparan anjuran Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam, ILPPG dijalankan secara dalam talian pada 30 November 2021 bagi memenuhi sasaran pelaksanaan Kursus Jangka Pendek 100 Hari ILJTM sempena Inisiatif Keluarga Malaysia Kementerian Sumber Manusia iaitu 100 Hari Malaysia Mahir.

Program diadakan secara percuma bagi berkongsi pengetahuan perisian aplikasi lukisan AUTOCAD serta mempromosikan kursus Fabrikasi Struktur Logam di ILP Pasir Gudang kepada masyarakat khususnya bagi golongan pencari kerja di musim pandemik ini. Perkongsian selama 2 jam ini telah memberi pendedahan dan manfaat kepada 100 orang peserta dalam memahami konsep asas AUTOCAD dalam reka bentuk hamparan kon.

Skip to content