Kursus Peningkatan Kemahiran (Technical Course) sempena Program Inisiatif Keluarga Malaysia, Kementerian Sumber Manusia (100 Hari Malaysia Mahir) ini telah dijalankan selama 2 hari bermula 30 Nov – 01 Dis 2021 bertempat di Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri, ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan secara percuma dan disertai oleh 12 orang guru Pendidikan Khas dari Sek. Men. Pasir Gudang 2.
Para peserta didedahkan dengan kemahiran asas teori dan amali 3D Printer dan Part Design (Inventor) melalui kursus yang dijalankan ini. Program ini diuruskan oleh Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD) ILPPG dan penceramah bertugas ialah En. Mohd Zahari Bin Ramli dan En. Wahid bin Sabtu.