Satu taklimat bagi solusi baharu e-mel MyGovUC 2.0 telah dilaksanakan oleh Bahagian Pusat Sumber & Multimedia pada jam 10-11 pagi tadi secara dalam talian menggunakan Platform Zoom. Penglibatan kakitangan seramai 66 orang yang berkelapangan menunjukkan kesediaan kakitangan terhadap proses migrasi yang akan dijalankan oleh pihak MyGovUC pada akhir Disember nanti.