Sebanyak 10 acara sukaneka ilmu telah dijalankan semasa Program “Fun Fair Ilmu” yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG seperti bowling kelapa, pancing botol, gusti lengan, tendangan penalti maut, Master Chef dan pelbagai lagi.
Apa yang menarik di dalam program ini, sebelum permainan bermula para peserta akan diperdengarkan hadis-hadis nabi, kata-kata hikmah dan beberapa slot pengisian ilmu. Para peserta yang berjaya menamatkan permainan dihadiahkan dengan makanan ringan dan cenderamata.
Program ini sedikit sebanyak dapat memenuhi masa terluang para pelajar di asrama di samping memeriah dan mengharmonikan suasana kehidupan di asrama.